Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi Sesi 21012/2013.

on 03 Februari, 2012

Assalamualaikum.


KUALA LUMPUR: Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Februari hingga 20 Februari ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonanmatrikulasi/kemaskini. 

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini. 

Kenyataan itu berkata mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja. - Bernama

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

nak tya,klw trlupa wat kemaskini nie kn,.apa jadi?x ley masuk matrik ea?


24 Mac 2012 pada 6:24 PG
Tanpa Nama berkata...

lepas keluar result kena update x lagi permohonan??


28 Mac 2012 pada 9:36 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved