4 Cara Tidurkan Anak

on 18 Ogos, 2010

Assalamualaikum.



Tidur amat penting bagi perkembangan si manja. Bayi akan tidur selesa sekiranya lampin yang dipakai sentiasa kering, perut kenyang dan suhu bilik yang selesa (sederhana). Namun begitu, bayi akan menangis dan meragam sekiranya ada masalah angin atau kembung perut. Oleh itu, bayi perlu disendawakan dan menyapu minyak telon di dada dan perut supaya masalah ini tidak mengganggu tidur bayi.

Terdapat 4 cara untuk menidurkan bayi:

Tidur Di Buaian.
Gunakan sarung kain jarang atau jaring supaya aliran udara dapat keluar dan masuk. Lapik dengan tilam nipis dan bantal. Pastikan bayi tidak tenggelam dan hidungnya tidak tertutup dengan tilam dan bantal tersebut.

Tidur Di Paha
Letakkan tilam kecil dahulu sebelum meletakkan anak anda. Tepuk paha bayi sambil menggoyangkan lutut anda. Bayi akan lena sama seperti dibuai.

Tidur Di Dakapan.
Ada dua cara menidurkan bayi dalam dakapan. Cara berdiri dengan meletakkan kepala bayi di dada anda, peluknya dengan kemas dan berjalan sambil mendodoikannya. Satu lagi adalah dengan meniarapkan bayi di dada anda dalam keadaan anda berbaring.

Tidur Sendiri Atas Katil.
Baringkan bayi dan tepuk pahanya perlahan-lahan di atas katil. Cara ini paling mudah untuk anak tidur lena.

p/s: Jangan biarkan anak tidur sendirian kerana kematian boleh berlaku di mana-mana tanpa kita sedar. Perhatikan anak yang tidur sekurang-kurangnya 5 minit sekali bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini.
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

n@jwamz berkata...

tido dlm dakapan...owww schweeeeettttnyer...
hehe gonna have ma own child one day (T_T)love babies!


18 Ogos 2010 1:27 PTG
Adisaufi berkata...

anak pon slalu meragam bile nk tido...tq info di atas..


21 Ogos 2010 2:16 PG
Tanpa Nama berkata...

anak suka tido ngan nenen


13 Disember 2011 11:50 PTG
Whelly Majos berkata...

klau tido kan dgn meniaram d tilam ok juga ke?


4 Ogos 2012 12:37 PG
Tanpa Nama berkata...

Anak aku mmg susah nak tido. Dia activ dr jam 2200-0400. Apa teknik pun xjln.. Makin dia senyum2 dan gaya dibuatnya. Aku mmg sedang mencari cara utk mengubah anak ikut waktu tidur di Malaysia.


9 September 2012 3:57 PG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved