Memaparkan catatan dengan label Afdlin Shauki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afdlin Shauki. Papar semua catatan

Final Raja Lawak

on 07 Mac, 2010

Malam ni (Pelanggan Astro)rasanya tiada sesiapa yang online, blogwalking atau sertai mana-mana forum kerana bila aku masuk forum, sunyi je. Mungkin ada yang online tapi mata dan telinga tertumpu pada tv seperti aku.



Malam yang di tunggu-tunggu telah berlalu. Rasanya ramai yang menonton dan menyaksikan persembahan terakhir Raja Lawak Astro dan kita semua sudah tahu siapa yang juara.

Dari mula-mula mengikuti rancangan tersebut sehingga hampir episod terakhir, aku menjangkakan juara akan jatuh ke tangan Idlan. Tapi sayangnya, tekaanku melencong jauh. Persembahan Idlan untuk malam terakhir telah menentukan nasib beliau. Aku sendiri rasa tiada harapan apabila menyaksikan persembahan terakhir beliau. Aku jua amat terkilan kerana Idlan tidak mendapat tempat pertama. Namun, apa boleh buat, aku hanya sekadar penonton. Jauh sekali untuk mengundi. hahahaha........aku tengok je, tak pernah pun seumur hidupku mengundi untuk mana-mana artis kerana aku teramatlah malas untuk mengundi sesiapa.

Kesiannya pada sesiapa yang terpaksa kerja pada malam persembahan terakhir Raja Lawak kerana tidak dapat menyaksikan acara tersebut. (Ditujukan khas buat my hubby).

Pada yang terlepas menyaksikan persembahan tersebut, inilah keputusannya. Alex tempat ke tiga diikuti Idlan tempat ke dua dan juara jatuh pada kumpulan Kecik. Tahniah!

Walau apa pun, kesimpulannya Raja Lawak musim ke-4 ini kurang menyengat berbanding kumpulan Sepah dan Nabil.
 
© De Iza's House All Rights Reserved