Assalamualaikum....
Sudah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Pastinya kita merindui dan mengharapkan Ramadhan datang lagi di tahun hadapan, InsyaAllah. Ramadhan yang berlalu meninggalkan 1001 kesan dalam diri dalam meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Ramadhan juga membawa sejuta rahmat pada diri setiap manusia. Pada kaum hawa khususnya, Ramadhan pasti saat-saat yang ditunggu kerana ketika ini merupakan masa yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan. Namun tak kurang juga yang berlaku sebaliknya.
Bagi yang berjaya menurunkan berat badan, Tahniah diucapkan dan bagi yang kurang berjaya, InsyaAllah, suatu hari nanti anda pasti boleh dan berjaya. Cuma tanamkan azam dan usaha.
Amalan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang serta senaman akan membantu anda mengekalkan berat badan dan tahap kesihatan anda. Ikuti tips di bawah untuk mencapai tujuan tersebut.
1. Makan pemanis mulut.
Contohnya seperti teh atau sepotong kek kecil selepas makan bagi menandakan atau memberitahu otak bahawa masa makan anda telah tamat. Ia juga dapat menghalan anda dari makan lebih banyak lagi.
2. Minum susu coklat.
Amalkan selepas senaman atau selepas aktiviti fizikal (keletihan atau kehabisan tenaga) kerana ia berkesan untuk pulihkan tenaga dan semangat anda.
3. Diet seumur hidup.
Nampak mudah tapi sukar untuk diamalkan. Jangan amalkan tabiat pemakanan yang tidak baik seperti mengunyah sesuatu selepas makan secara berlarutan dan kadang kala bersambung hingga tibanya waktu makan seterusnya. Hentikan tabiat ini jika anda ingin menurunkan berat atau mengekalkan kelangsingan badan. Amalkanlah diet yang seimbang sepanjang hidup anda dan ingatlah bahawa hidup bukan untuk makan.
4. Nikmati makanan tanpa ragu-ragu.
Kekalkan kesederhanaan. Anda boleh menikmati makanan tapi bukan makan dengan sepuas-puasnya. Makan dalam kuantiti yang kecil.
5. Jauhi snek selepas makan malam.
Elakkan makan selepas makan malam. InsyaAllah, anda akan dapat mengekalkan berat badan anda.
p/s: Makan makanan ringan adalah satu kesalahan besar bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Petua: Bagi yang tidak boleh lupakan kudap-kudapan, buat secawan teh dan sedikit susu kerana ia dapat mengurangkan sedikit kelaparan anda. Boleh juga memilih koko panas tanpa gula dan elakkan minuman sejuk.
Selamat beramal dan semoga berjaya.