Memaparkan catatan dengan label Buasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buasir. Papar semua catatan

Kenali Buasir

on 03 Februari, 2010



Ada 2 jenis:

Buasir Dalaman- tidak merasa sakit dan gatal. Ia juga tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran- mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

Sebab terjadinya Buasir.
* Sentiasa duduk
* Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
* Cirit-birit
* Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
* Batuk yang teruk
* Bersalin
* Mengangkat berat

Ubah Cara Hidup
1) Elakkan sembelit dengan makan makanan berserat tinggi.
2) Elakkan minuman berkafein dan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari.
3) Amalkan pembuangan air besar yang baik dan elakkan meneran terlalu kuat.
4) Jangan amalkan amalan membaca dalam bilik air.
5) Tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang yang berat.

Majoriti buasir tidak memerlukan pembedahan sekiranya berjaya dirawat melalui perubatan atau menggunakan kaedah pencegahan.
Jika berlaku pendarahan, sakit dan jangkitan kuman, kaedah pembedahan akan digunakan seperti mengikat buasir dengan getah, laser dan diatermi bagi buasir yang kecil
 
© De Iza's House All Rights Reserved