Assalamualaikum.....
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Berakhir sudah bulan Ogos atau bulan kemerdekaan walaupun semangat menyambutnya masih membahang dan masih belum berakhir.
Terima kasih pada semua pengunjung blog D.I.H. Trafik harian D.I.H, paling kurang, tiga hingga tujuh orang sehari. Dasyat betul la. Punya la malas nak cari trafik dengan blogwalking. Walaupun trafik D.I.H tidak pernah melebih dari 50 UV sehari tetapi D.I.H masih dapat Buffered Earning yang sedang berlangsung. Alhamdulillah, harap-harap berterusan. Nuffnang ni sukar untuk dijangka sebenarnya. Blog yang di update setiap hari dan tinggi UV belum tentu boleh dapat Buffered Earning. Entah macam mana blog D.I.H ni masih tak putus-putus Buffered Earningnya. Mungkin itu la yang dinamakan rezeki dari Allah, Alhamdulillah. Di bawah ini merupakan paparan untuk bulan Ogos.
Di bawah ni pula merupakan kekerapan pengunjung ke blog D.I.H. Terima kasih pada semua yang sudi menjengah blog ini walaupun jarang di up date.
Sekali lagi jutaan terima kasih pada semua pengunjung blog D.I.H. Selamat Berpuasa, Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.