Memaparkan catatan dengan label Pelakon Komedi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelakon Komedi. Papar semua catatan

Bob Kuman Meninggal Dunia.

on 03 Mei, 2012

Assalamualaikum..

SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara. Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini. Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.


Takziah untuk keluarganya.
Al-Fatihah..

Saiful Apek Di Tahan?

on 13 Jun, 2010

Salam…

Hari ini, 13 Jun, kita digemparkan dengan pelakon komedi yang ditahan reman. Polis menahan seorang pelakon komedi terkenal dan lima rakannya serta merampas 40g dadah dipercayai ganja di rumahnya di Jalan PJS7 Subang Jaya, dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata pelakon komedi lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berumur lingkungan 20-an dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 10 malam.

Mereka ditahan ketika sedang berehat dan hasil pemeriksaaan ke atas rumah berkenaan, polis menemui dadah terbabit. Semua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Bernama

Agak-agaknya siapa ya? Mengikut khabar-khabar angin, pelakon komedi tersebut adalah Saiful Apek atau Saifulazam Mohammad Yusoff,41 tahun. Aku ada google tadi tapi kebanyakkan web tidak nenyatakan siapa nama sebenarnya. Masa aku blogwalking malam ni, aku terjumpa entry Botaq yang mengesahkan hal tersebut. Wallahu'alam….
 
© De Iza's House All Rights Reserved