Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan

Tanda-tanda Sakit 1

on 26 Januari, 2010


Assalamualaikum.
Seringkali kita merungut apabila ditimpa musibah atau mempunyai masalah. Ingatlah, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah untuk menguji tingkat keimanan dan kesabaran umatnya. Jika kita ditimpa penyakit, kita tidak boleh berserah bulat-bulat kepada Allah kerana kita disarankan untuk mencari ubatnya.

"Tiada satu pun penyakit di dunia ini yang tiada penawarnya".

Sebelum mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit, kita perlu mengetahui punca penyebab penyakit tersebut. Tanda-tanda sakit boleh terjadi pada:


Mata
Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


Hidung.
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


Batuk.

i) Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..

iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


Kerongkong

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


Bibir
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


Bersambung ke post yang akan datang.....
 
© De Iza's House All Rights Reserved