Memaparkan catatan dengan label Tips Ibu Mengandung.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Ibu Mengandung.. Papar semua catatan

Peralatan Kelahiran: Episiotomy Scissor.

on 24 Februari, 2011

Assalamualaikum.

Umbilical Cord Scissors dan kegunaannya telah diterangkan pada entry yang lepas. Kali ini, kita kenali pula peralatan yang membatu kelahiran iaitu Episiotomy Scissor.

Suatu alat yang juga nampak menggerunkan. Episiotomy Scissor digunakan untuk menggunting vulva iaitu alat kelamin wanita. Lazimnya kelahiran anak pertama memerlukan peralatan ini kerana perineum belum lagi regang.

Pakar perubatan percaya bahawa episiotomi boleh membantu memendekkan fasa meneran, melindungi tengkorak dan otak bayi dari tercedera, mengurangkan risiko bayi menderita kekurangan oksigen serta mengurangkan pengenduran tetap lantai pelvis.

Episiotomi lazimnya dilakukan apabila kelahiran menjadi rumit dan memerlukan kelahiran secara vakum atau forsep. Ia juga dilakukan apabila diramalkan akan berlaku koyakan yang teruk semasa laluan kepala bayi. Episiotomi juga dapat mengelak daripada luka yang bergerigi dan tidak teratur.
 
© De Iza's House All Rights Reserved