Memaparkan catatan dengan label Utusan Online.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan Online.. Papar semua catatan

Bekas Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers.

on 03 Disember, 2010



Assalamualaikum...
Sebelum ini kita dihebohkan dengan berita panas di blog Uncle Seekers tentang hubungannya cintanya dengan Mantan Permaisuri Agong.

Hari ini, mantan Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman telah memfailkan saman terhadap pakar paranormal iaitu Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Menurut Utusan Online, Mantan Permaisuri Agong Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan
 
© De Iza's House All Rights Reserved