Apa Salah Aku?

on 17 Februari, 2010

Assalamualaikum...

Kita masih berada dalam mood bercuti walaupun ramai yang dah mula bekerja. Pada yang menyambung cuti, selamat bercuti.

Di sini aku ingin meluahkan perasaan geram dan tidak puas hati pada seorang insan yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, tinggal di Kuala Lumpur dan bernombor telefon 017-2249XXX.

Kisahnya begini....semasa aku sedang bercuti bersama keluarga, aku mendapat mesej dari Sha yang berbunyi...

"Aslmkum,sy cik sha dr kl.sy amat bminat dgn FC BIO SANITARY PAD,so cmne sy blh dptkn sampelnya dhulu"

Dengan segera aku pun membalas mesejnya meminta dia memberi nama penuh dan alamat lengkap agar aku dapat kirimkan sampel yang dikehendakinya.

Namun begitu, aku tidak menerima jawapan yg dikehendaki kerana mesejnya pada kali ke dua berbunyi, "Sy nk tgk dlu, kalu ok sy order.kos pghantaran sampel brapa?"

Dalam hatiku berkata, budak ni tak sekolah ka? lain yang aku tanya, lain yang dia jawab. Aku mengambil keputusan untuk tidak melayan pertanyaannya itu kerana soalan aku pun belum dijawab.

Bila aku kembali dari bercuti, aku ada terima email yang mengatakan ada pesanan dalam akaun OLX. Aku ingatkan ada pertanyaan dari pelanggan yang ingin melanggan tuala wanita, rupanya dengan tidak malu dan tanpa segan silu, si Sha ni menumpang di ruangan komen dalan iklan yang aku buat. Ayatnya lebih kurang macan ni la....

"Sesiapa yg nak pad herba ni, boleh hubungi Sha di talian 017-2249XXXX."

Sapa yang tak sakit hati? Dah la menipu konon-kononnya dia nak melanggan pad denganku melalui pos dan tiba-tiba saja dia meletakkan nombor untuk dihubungi sekiranya ada sesiapa yang ingin melanggan pad tersebut dengannya.

Macam la dia tak boleh nak berusaha sendiri untuk mempromosikan barang tu. Buat la iklan sendiri, daftar atas nama sendiri dan akaun sendiri. Bermacam-macam cara yang boleh buat tapi mengapa aku juga yang jadi mangsa? Tak bolehkah kalau tidak mengganggu hidup orang? Lain la kalau minta kebenaran aku untuk tumpang sekaki. Ini tidak, suka-suka hati dia je.....dia main redah je.

Kalau la cik Sha yang aku maksudkan tu membaca nukilan aku ni, berfikirlah secara rasional dan fikirkanlah perasaan orang lain. Andaikan diri anda berada di tempatku dan tiba-tiba, ada orang yang kurang akal macam anda, tanpa memohon kebenarann untuk menumpang sekaki dengan tidak tahu malu, apa yang anda akan rasa? Ingatlah bahawa negara kita ada undang-undang. Tolong lah jangan buat kerja bodoh macam tu lagi, setiap perbuatan pastinya ada pembalasan.

Sesiapa yang ingin membaca iklan yang aku buat di OLX, boleh klik DI SINI. Tapi pada Sha, aku dah delate apa yang anda telah tulis. Terima kasih banyak-banyak kerana memperkenalkan aku dengan dunia penipuan ciptaan manusia seperti anda.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved