Baru beberapa hari aku gelakkan (ketawa) satu blog ni yang telah diwasiatkan seekor lembu padanya oleh Dahlia. Tapi hari ini dah terkena kat batang hidung sendiri. Padan muka aku. Itula, sekarang ni Allah bayar cash apa-apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan pada orang lain. Insaf aku....
Lembu ini telah diwasiatkan pada aku oleh Syazana padaku. Tidak dinyatakan untuk apa......Nak tunggu buat korban, lambat lagi nak raya Haji. Ok, aku dah bela lembu ni beberapa hari sebelum aku pawahkan pada mangsa seterusnya. Nak aku wasiatkan, rasa macam belum tahu bila ajal tiba. Jadi aku nak pawahkan je la, boleh juga dapat hasilnya nanti kalau-kalau dia beranak-pinak. Eh, lembu ni jantan ke betina? Adei, kalau jantan, macam mana nak beranak-pinak?
1. Thank & link the person that gave you the cow
Firstly, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada saudari Syazana kerana bermurah hati wasiatkan lembu ni padaku.
2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yg paling active atau 7 yg paling tak active
Melalui surat wasiat ini saya akan baca 7 org waris. wasiat ini adalah dari org kaya kampung sepening lalat. waris-waris tersebut ialah:
3. Bagitau dorang yg dorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
Dah bagitau dah...
4. Cerita 3 perkara@apa yg anda selalu buat sambil tengok tv
Telingaku mendengar tv,
tangan ku sibuk menaip sesuatu di laptop dan
mataku sikit pun tak pandang screen tv.
5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
Laddu (manisan india)-lepas makan terus tekakku rasa lain macam. Sekali seumur hidup, dah tak nak makan lagi sebab lepas makan, macam-macam aku fikir (cara buatnya, apa bahan yg diguna dan sebagainya)
Bihun sup Perak. Sebelum ni aku hanya pernah makan bihun sup utara (Kedah, Perlis)yang pedas, sedap dan menyelerakan. Tetiba bila tinggal di Perak, rupanya ada macam-macam jenis sayur dalam kuah supnya, masam pulak tu. Sungguh tidak kena dengan seleraku...
Kacang Tanduk. Rupanya macam tanduk kerbau tapi sebesar tapak tangan. Rasanya dah hampir 17 belas tahun aku tidak pernah lagi berjumpa dengan kacang tanduk ini. Sukar untuk ditemui kerana ianya berada di dasar sungai dan hanya ada di sesetengah tempat sahaja. Rasanya sedap setelah siap direbus.
6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
Entah la, tak pernah tengok pun ada berapa orang tapi lebih la dari 100.
7. Feveret soalan ni, camne korang berjumpa spouse or pakwe/makwe korang? Kat mana?
Tak pernah jumpa cuma kenal melalui gambar, terus masuk meminang......kat rumah aku la di kampung.
{ 9 comments... read them below or add one }
aduh...dapat lagi. Ini sudah kali keempat aku dapa ini lembu
8 Mei 2010 pada 7:03 PTG
nice blog, boleh tunjuk ajar saya baru buat blog today
http://pondokmerah.blogspot.com/
8 Mei 2010 pada 9:31 PTG
akuvision : Murahnye rezeki....
pondokmerah : Boleh, insyaAllah tp saya bukan la mcm otai2 yg serba tahu.
9 Mei 2010 pada 12:13 PG
haha...
ciannye*simpati
tq tag kite ye..hee
9 Mei 2010 pada 7:35 PG
huϟna™: Jawab, jgn x jwb.
9 Mei 2010 pada 4:13 PTG
ked da balas :)
9 Mei 2010 pada 8:17 PTG
"singgah pagi isnin disini.."
10 Mei 2010 pada 8:13 PG
ked :): ok,thanks.....
mimi: singgah la lagi.....thanks....
10 Mei 2010 pada 1:46 PTG
hahaha..dirku ku terselamat jua..
30 Jun 2010 pada 2:06 PTG
Catat Ulasan