Keperluan Bayi Dan Bapa.

on 20 Julai, 2010

Assalamualaikum...



Entri ini adalah kesinambungan dari entri sebelumnya iaitu Persediaan untuk bakal ibu. Selain untuk diri ibu sendiri, persedian bayi juga sama pentingnya. Begitu juga dengan persediaan untuk bapa.

Sebelum kelahiran, bayi perlu disedikan dengan keperluannya. Antaranya ialah:

1. Bakul Bayi.
Diperlukan untuk mengangkat bayi ketika pulang ke rumah. Lebih selesa untuk anda dan bayi.

2. Baju.
Sediakan baju lengan panjang supaya bayi sentiasa kekal panas selepas kelahiran.

3. Topi.
Haba panas bayi akan hilang melalui kepala. Bagi memastikan bayi sentiasa kekal selesa, pakaikan topi padanya.

4. Stoking/ sarung kaki.
Juga untuk memerangkap haba.

5. Sarung tangan.
Dapat lindungi kuku bayi yang panjang dari meninggalkan kesan calar.

6. Selimut.
Bayi suka jika tubuhnya diselimuti fabrik lembut dan dalam masa yang sama dapat kekalkan kepanasan tubuh.

7. Lampin.
Pastikan lampin yang mempunyai ruang khas di bahagian tengan untuk elakkan dari terkena tali pusat.

8. Tisu basah.
Khas untuk kegunaan bayi untuk mengelakkan tubuh bayi dari bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit bayi.


Di samping keperluan bayi, jangan dilupa akan keperluan bapa. Nak tahu lebih lanjut? teruskan membaca.



1. Snek dan minuman.
Sediakan biskut, roti dan minuman kotak agar suami tak perlu meninggalkan anda semata-mata untuk mencari makanan ketika kelaparan.

2. Minyak Aromaterapi.
Suami boleh digunakan untuk mengurut bahagian belakang isteri untuk kurangkan sakit.

3. Kamera atau video kamera.
Boleh digunakan untuk merakamkan saat-saat manis bersama orang baru (bayi).

Sekian untuk kali ini.

Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

budakkecik berkata...

bagus sharing nih...aku sbg papa kpd anak aku sokong dan setuju utk keperluan tuh sumer...


22 Julai 2010 pada 9:23 PG
Ain Zulaikha berkata...

i like this.. :) bila lah nak dapat pegang baby lagi ni..


23 Julai 2010 pada 2:11 PTG
FeedYourSoul84 berkata...

salam... mcmane dgn keperluan ubat-ubatan plak? ade list dia x? nice blog la... syukur sbb jumpa.. jgn lupa snggah blog sya jgk k? tlg berikan komen skali tau...


23 Julai 2010 pada 3:20 PTG
Unknown berkata...

woaa.nak test.nanti.


23 Julai 2010 pada 10:25 PTG
alif berkata...

tak sbr nk ada anak sdiri...tp calon tak ada hahahaha


24 Julai 2010 pada 10:04 PTG
gnesop berkata...

bapa juga perlu tahu cara2 memengang bayi.. ini perlu untuk nak azan ditelinga bayi.. sop dulu 1st time pegang,, menggigil..
jd boleh traning pegang anak2 org dulu..
baby baru lahir, mmg lembut sgt.. tu yg risau


26 Julai 2010 pada 11:07 PG
ZF berkata...

tak sabar la nak kawin n pregnant..weeeeeeeeee..:)


27 Julai 2010 pada 8:43 PTG
Iza berkata...

@The Rock Star
Terima kasih....

@~ataicha~
Thanks....

@AiN Z
InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, boleh la pegang.

@Mr Nohara
W'salam...InsyaAllah.

@+akufobia+
Silakan..

@alif
Hahahaha....cari la,hahaha...skrg ni mcm2 cara ada utk cari jodoh...

@sop
Ya betul...bukan bapa sahaja yg menggigil, yang pertama jd ibu pun takut juga sbb tak pernah pegang bayi baru lahir.

@♥♥♥zakiah♥♥♥
hahaha.....jgn tgu lama2, nanti lama...


6 Ogos 2010 pada 9:10 PG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved