Kekurangan atau kekeringan susu sering terjadi pada ibu-ibu walaupun anak baru menjangkau usia 3 bulan. Namun begitu, susu formula bukanlah satu jalan penyelesaian kerana susu ibu adalah susu yang terbaik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi. Masalah ini kadang-kala dapat diatasi melalui beberapa cara yang mudah.
Ibu-ibu perlu kerap menyusukan bayi 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam bagi merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu. Bayi yang kekenyangan akan tidur lena tanpa gangguan.
Selain itu, amalan tradisional juga memainkan peranan penting. Antara amalan pemakanan masyarakat dahulu adalah ulam-ulaman yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ini termasuklah ulam raja, pegaga, jantung pisang, lobak putih dan sebagainya. Keutamaan lebih kepada ulam-ulaman yang tidak sejuk.
Herba juga berkesan menghasilkan susu. Herba yang popular adalah halba yang boleh dimakan sesudu sehari setiap hari. Selain itu, jintan hitam juga berkesan bagi menghasilkan penambahan susu.
Jangan lupa untuk minum air! Minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Susu dan soya juga baik untuk kesihatan tubuh.
Langkah terakhir adalah mengambil ubat-ubatan yang disarankan atas nasihat Doktor. Namun begitu, pengambilannya tidak digalakkan kerana mempunyai kesan sampingan.
Semoga dengan perkongsian info ini dapat dimanfaatkan oleh bakal-bakal ibu, InsyaAllah.
p/s: Jus oren segar juga baik untuk menambah kuantiti susu.
{ 6 comments... read them below or add one }
alamak, terbaca pulak. haha. xpe la, ilmu mesti dicari walaupun student lagi. thanks ye share.
21 Ogos 2010 pada 10:30 PG
NICE INFO...
5 September 2010 pada 11:42 PG
KURMA: khasiat didalamnya boleh membantu masalah ibu2 yang menghadapi kekurangan susu.SUSU ILHAM produk melayu muslim, mengandungi kurma InshaAllah, dengan meminumnya akan membantu bagi MENAMBAH SUSU ibu.
http://halib-ilham.blogspot.com/
22 April 2011 pada 10:36 PTG
Minum susu kambing hi goat kurma plus madu..insyaallah
11 Oktober 2011 pada 6:09 PTG
good sharing..utk ibu yg menyusu badan boleh try supplement shaklee untuk kekalkan kesihatan badan
12 Disember 2011 pada 9:00 PTG
Makan kurma. InsyaAllah byk susu. ~sume supplements ade Kurma. N another one Habbatus Sauda.
29 April 2012 pada 12:45 PG
Catat Ulasan