Assalamualaikum....
Siapa yang tidak kenal dengan minyak selusuh? Mungkin masih ramai yang tidak kenal dengan minyak ini terutamanya yang belum berkahwin kerana minyak selusuh berkait rapat dengan kelahiran.
Minyak selusuh adalah minyak masak, minyak tanak atau minyak kelapa yang dibuat sendiri melalui proses-proses tertentu. Minyak ini dipanggil minyak selusuh apabila memasukkan bahan tertentu bagi memudahkan bersalin. Minyak ini juga terkenal di kampung-kampung dan kini telah dikomersilkan oleh beberapa syarikat kecantikan dan kosmetik.
Di samping perubatan moden, jangan abaikan perubatan tradisional kerana perubatan tradisional juga amat membantu. Bukan semua perubatan moden terbaik untuk kita. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Di kampung, minyak ini disediakan oleh mak bidan jika diminta oleh pelanggan. Bakal ibu dan bapa juga boleh sediakan sendiri minyak ini dan membawanya kepada Tok Guru (Ustaz) atau sesiapa yang arif dalam bacaan ayat suci Al-Quran. Minyak tersebut akan dibacakan dengan beberapa potong ayat suci serta nama bakal ibu dan bapa serta tarikh dijangka bersalin.
Kemudian, minyak ini akan disapu sedikit (seminggu sebelum atau tiga hari sebelum tarikh dijangka bersalin) dari pinggang dan ditarik ke perut hingga ke bahagian ari-ari dengan bacaan selawat. Diamalkan setiap hari hingga sampai masa bersalin. Apabila si ibu terasa komplikasi untuk bersalin, minyak selusuh tersebut boleh di minum sesudu hingga tiga sudu mengikut keperluan.
Awas!!! Boleh di minum hanya apabila terasa benar-benar hendak bersalin sahaja kerana jika diminum sebulan atau tiga minggu sebelum bersalin, anda mungkin akan di serang cirit birit. Ini adalah berdasarkan pengalaman.
Untuk makluman bakal ibu dan bapa, minyak selusuh ini disediakan bagi memudahkan kelahiran bayi (yang berada pada sisi normal) dan meringankan penderitaan ibu saat melahirkan.
Jika bayi songsang, minyak selusuh ini juga boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk bayi kembali ke posisi normal. Bahan yang perlu disediakan adalah air, minyak kelapa dan buah kurma. Air yang sesuai digunakan adalah air zam-zam atau air hujan malam jumaat (ditadah ketika hujan lebat di tempat lapang dengan bekas plastik, bukan logam). Minyak kelapa dibuat sebiji atau dua biji dan ditanak supaya tahan lama. Buah kurma adalah bertujuan memulihkan tenaga ibu.
Firman Allah kepada Siti Maryam yang bermaksud, "Dan goyangkan pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu."
Bacakan surah Al-Fatihah dan surah al-Hasyr ayat 22-24 serta selawat Syifa' sambil meletakkan tangan kanan atas perut ibu di bahagian atas pusat kemudian lurut tangan perlahan-lahan ke bahagian bawah perut. Bacakan juga doa2 itu pada minyak kelapa, air zam-zam dan buah kurma dan tiup. Air diminum seminggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Air juga digunakan untum mandi pada waktu petang sebelum maghrib. Mula-mula, mandi dengan air biasa dengan keadaan rambut terurai ke bawah. Kemudian ambil satu baldi air dan masukkan minyak selusuh satu cawan untuk jirusan terakhir. Biarkan air kering di badan tanpa dilap. Lakukan 3 kali untuk 3 petang.
Disarankan supaya suami isteri lakukan solat hajat untuk keselamatan ibu dan bayi. Baca surah Al-Waqiah dan Adz-Dzariat selepas solat. Dalam keadaan ini khidmat dan nasihat doktor amat diperlukan.
Ambil 5 biji kurma , buangkan biji, masukkan minyak selusuh dan mesin. Minum air ini setiap pagi dan petang beberapa hari selepas bersalin dan selawat 7 kali sebelum minum.
Selepas bersalin, minyak selusuh tadi hendaklah diletakkan beberapa biji lada hitam (yang dibacakan doa oleh ustaz tadi) dalam jumlah ganjil. Minyak tersebut boleh digunakan pula pada bayi. Disapu pada kening bayi dan di pelipat seperti siku, bahu, lutut dan tapak kaki sebelum maghrib. Minyak ini sebagai ikhtiar untuk membantu mengelakkan bayi menangis di tengah malam.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat dan sedikit panduan juga pengetahuan untuk bakal ibu dan bapa mengenai minyak selusuh.
p/s: Jangan minta keizinan Doktor untuk minum minyak selusuh kerana Doktor sememangnya tidak mengizinkan. Jadi, buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.

Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan entry.

{ 3 comments... read them below or add one }
Baru saya tahu bahawa air tersebut hanya boleh diminum jika betul-betul rasa sakit nak bersalin.. Hehe.. Maklumlah, orang bujang..
Tapi kalau dikenang kembali zaman sekolah menengah dulu, rasa-rasanya saya nilah yang selalu ke rumah seorang makcik tu untuk minta air selusuh bagi makcik-makcik saya. Hihi.. (=
5 Ogos 2010 pada 9:35 PTG
@Siti Zafira
Oooo...rajinnya awak. Napa tuan empunya diri tak pergi sendiri?hehe
6 Ogos 2010 pada 8:54 PG
oh.. maksudnya minyak tanak ,....
24 Julai 2013 pada 4:55 PG
Catat Ulasan