Pelakon Dan Pelawak Terkenal Meninggal Dunia.

on 18 September, 2010

Assalamualaikum.....

Semalam aku terbaca khabar ini di blog Zikr yang menyatakan bahawa M.Rajoli meninggal dunia. Hari ini baru dikeluarkan di dada akhbar tentang berita tersebut. M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang pada Jumaat malam akibat penyakit kelenjar kanser otak.



Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M. Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Okt 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk semua ahli keluarga arwah.
Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

abigemok berkata...

kita sama2 doakan agar rohnya dicucuri rhmt...


18 September 2010 pada 11:39 PG
wmaziati berkata...

AL-FATIHAH...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...AMIN...


18 September 2010 pada 12:28 PTG
suichi berkata...

al fatihah buat arwah... kita memang kehilangan seorang senmiman serba boleh~~


18 September 2010 pada 2:51 PTG
Nur Diana berkata...

laa.. tak bace paper.. baru tau.. innalillah..


27 September 2010 pada 7:36 PTG
Anonymous ® berkata...

al-fatihah..saya memang meminati arwah dari dulu. moga diletakkan disisi hamba kesayanganNya


30 September 2010 pada 5:52 PG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved