Kembali Berblog

on 26 November, 2010


Salam...


Sudah lama rupanya aku tidak up date blog. Maaf pada semua kerana kemalasan yang aku alami. Bermula hari ini tiba-tiba muncul mood rajin jadi di kesempatan yang masih rajin ini aku akan balas jejak yang ditinggalkan, InsyaAllah.

Sepanjang aku berehat dari berblog, aku sempat mencari bahan-bahan untuk dipostkan di sini. Kali ini aku akan berkongsi ilmu dan bacaanku pada pembaca sekalian iaitu Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabi'ie secara ringkas.

Dalam Islam, kita dianjurkan untuk makan dengan tangan kanan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Hai anak, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa-apa yang ada di dekatmu.
Hilang keberkatan apabila kita tidak menurut sunnah dan anjuran Rasulullah. Kita juga dianjurkan agar tidak makan secara berlebihan. Sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Seorang yang beriman akan makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir akan makan dengan tujuh perut."
Makan berlebihan merupakan punca penyebab penyakit. Penyakin kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, tekanan saraf dan penyakit perut berkait rapat dengan tabiat makan berlebihan.

Selain itu, kita juga dianjurkan quarantine. Sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Tidak boleh dicampur yang sakit dengan yang sihat."
Kita juga dianjurkan untuk berubat. Sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Berubatlah wahai hamba Allah, Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali telah menurunkan pula ubatnya selain ubat kelemahan kerana tua."
Itulah serba sedikit pengenalan pada perubatan dalam Islam. Dalam entry seterusnya, akan dibincangkan tentang cara perubatan nabawi atau perubatan nabi yang mudah untuk kita amalkan bagi menjamin kesihatan. Jumpa lagi pada entry akan datang.
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

eiela berkata...

kebanyakan penyakit bermula daripada pemakanan kita. baik mencegah sebelum kena kan.

Latest Entri : Hati-hati Dengan Penipuan SMS


26 November 2010 pada 5:41 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved