Pernikahan Yusri Dan Lisa Surihani.

on 23 Februari, 2012

Assalamualaikum.

Tahniah buat pasangan pengantin baru iaitu Yusry Abdul Halim (39) dan Lisa Surihani. Mohamed (26). Lisa Surihani dan Yusri KRU telah diijabkabulkan pada hari ini (23 Feb 2012) di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam9.01 minit malam oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang. 

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak pengantin lelaki membalas dengan memberi 7 dulang hantaran yang mana semua hantaran perempuan telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

9 dulang daripada pihak perempuan berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran. Majlis akad nikah yang diuruskan oleh DZMS Events ini tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan “Winter Garden”.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu. Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. Yusry dan Lisa Surihani berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

Sumber: ohbulan










Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved