Memaparkan catatan dengan label Bayi.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bayi.. Papar semua catatan

Peralatan Kelahiran: Umbilical Cord Scissors.

on 21 Februari, 2011

Assalamualaikum.

Bagi bakal ibu yang menanti saat-saat kelahiran, pastinya mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan pengalaman yang bakal ditempoh tidak lama lagi samada menyeronokkan atau menyakitkan terutamanya ini merupakan pengalaman yang pertama.

Peralatan yang membantu kelahiran bukan bertujuan untuk menakutkan si ibu tetapi lebih kepada memperkenalkan dan mendekatkan diri dengan suasana di dalam bilik bersalin. Antara peralatan yang digunakan ialah Umbilical Cord Scissors.

Nampak sedikit menggerunkan. Gunting ini digunakan untuk memotong tali pusat bayi yang dilahirkan. Hubungan bayi dan urinya sudah tamat sebaik sahaja tali pusat dipotong. Bayi anda akan mula bernafas dan melakukan segala-galanya dengan sendiri.

Dengan melihat sendiri Umbilical Cord Scissors, bakal ibu akan tahu kegunaannya dan tidak perlu berasa tertekan dengan peralatan yang dikatakan menggerunkan itu. Bersambung lagi di entry akan datang tentang satu lagi alat bantu kelahiran iaitu Episiotomy Scissor.

Entri lama:
Persediaan/Pembelian Awal Menyambut Kelahiran
Persediaan Ibu Menyambut Kelahiran
Keperluan Bayi Dan Bapa


Make Your Own Gifts Here
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 
© De Iza's House All Rights Reserved