Memaparkan catatan dengan label Perancang Keluarga.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perancang Keluarga.. Papar semua catatan

Kaedah Perancang Keluarga.

on 16 Mei, 2011

Assalamualaikum.

Zuriat merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, tidak boleh dibeli mahupun ditukar ganti. Dalam keghairahan pasangan lain menimang cahaya mata, terdapat juga pasangan yang kurang bernasib baik atau lebih tepat lagi, masih belum ada rezeki untuk memiliki anak. Bagi pasangan yang terlalu murah rezeki dan sering melahirkan anak setiap tahun, pastinya saat itu amat meletihkan kerana belum pun umur anak mencecah satu atau dua tahun, perut mula memboyot semula.

Bukan menghalang atau menolak rezeki tetapi perancangan yang baik akan menentukan kebahagiaan keluarga. Anak-anak yang dilahirkan juga pastinya berkualiti jika dididik dengan sempurna. Perancang keluarga adalah kaedah terbaik untuk menjarakkan kehamilan dan kelahiran bagi menjamin kesihatan ibu dan anak ke arah keluarga bahagia.

Kaedah perancang keluarga melalui beberapa cara. Antaranya ialah:
  1. Penyusuan susu ibu antara 4 hingga 6 bulan pertama. Ibu yang menyusu badan sepenuhnya tidak akan datang haid selama tempoh tersebut. Ini merupakan kaedah penyusuan dan menjarakkan kelahiran secara tradisi.
  2. Suntikan iaitu sejenis hormon.
  3. Pil perancang.
  4. Komdom lazimnya disarankan oleh pakar perbidanan dan sakit puan. Jika digunakan dengan elok, 90 hingga 95% adalah selamat.
  5. Alat dalam rahim (IUCD) sesuai untuk merancang dalam tempoh tiga empat tahun. Kaedah ini tidak akan menjejaskan hubungan kelamin namun tempoh haid lebih panjang dari biasa.
  6. Pembedahan yang melibatkan saluran telur khusus untuk wanita.
  7. Melakukan hubungan seks di waktu selamat atau sensitif tarikh kesuburan isteri. Pastikan pusingan haid isteri adalah tetap. Telur akan keluar sekali iaitu hari ke 12 hingga hari ke 14. Lazimnya haid sekitar 5 hingga 7 hari makan pada hari ke 14, telur akan turun dan inilah tarikh wanita subur.
  8. Kaedah azal atau pemancutan air mani di luar rahim namun kaedah ini mengalami peratusan kegagalan yang tinggi.
Siapakah yang patut merancang keluarga?
Tanggungjawab untuk merancang keluarga terletak pada suami dan isteri dan mestilah mendapat persetujuan bersama. Namun begitu, ibu-ibu yang disenaraikan di bawah juga perlu merancang keluarga iaitu:
  • Keguguran tiga kali berturut-turut
  • Turun darah semasa hamil
  • Tumpah darah semasa kelahiran
  • Lekat uri
  • Kelahiran secara pembedahan
  • Kurang darah semasa hamil
  • Darah tinggi
  • Diabetis
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
Maklumat perancangan keluarga juga boleh didapati di Klinik Kerajaan, Klinik Swasta, Klinik Desa, Klinik Bergerak, Farmasi dan Klinik Perancang Keluarga (LPPKN).
 
© De Iza's House All Rights Reserved