Komplikasi boleh membahayakan nyawa ibu hamil, bayi atau kedua-duanya sekali samada semasa hamil atau selepas melahirkan. Komplikasi juga sukar dielak jika ia bersifat genetik atau keturunan.
1. Penyakit Jantung.
Gejala: Denyutan jantung meningkat daripada biasa akibat jumlah darah yang bertambah sepanjang kehamilan, cepat letih, nafas pendek dan kepala berpinau.
Risiko: Aliran oksigen dan nutrisi ke janin terganggu hingga menyebabkan risiko gangguan pada proses pertumbuhan dan perkembangan janin.
Langkah-langkah yang boleh diamalkan:
Elakkan merokok, amalkan pemakanan sihat untuk jantung. Senaman dan riadah ikut nasihat Doktor. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual, hindari stress dan kebiasaan yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
2. Tekanan Darah Tinggi.
Gejala: Pandangan kabur, pedih ulu hati, mual, muntah, jumlah urun berkurang, berat badan meningkat mendadak dalam tempoh 2 minggu dan bengkak pada muka dan tangan.
Risiko: Aliran darah ke janin terganggu atau perlahan menyebabkan kekurangan oksigen dan janin tidak memperolehi nutrisi dengan baik. Perkembangan janin terganggu dan berisiko melahirkan bayi pra matang.
Langkah-langkah yang boleh diamalkan:
Patuhi jadual pemeriksaan kandungan dengan teratur, ambil ubat menurunkan tekanan darah mengikut aturan, banyakkan berehat, ambil makanan seimbang, pantau kenaikan berat badan dan elakkan merokok.
3. Gangguan Paru-paru.
Gejala: Batuk berkahak, demam yang tinggi, pedih di dada, bengkak pada tangan, kaki dan sendi, sesak nafas dan sukar bernafas.
Risiko: Mengurangkan penerimaan oksigen kepada janin sehingga memperlahankan proses metabolisme dan perkembangan bayi dalam kandungan. Jangkitan pada saluran pernafasan boleh membahayakan janin apabila berlaku di akhir kehamilan. Apabila jangkitan menular ke plasenta, vagina dan servik, bayi boleh dijangkiti semasa proses kelahirannya. Ini menyebabkan bayi sukar bernafas dan kekurangan oksigen.
Langkah-langkah yang boleh diamalkan:
Hindari asap dan rokok dan lakukan senaman ringan. Hirup udara segar yang bersih, patuhi jadual pengambilan ubat seperti saranan Doktor.
4. Gangguan Tiroid
Gejala: Pening, cemas berlebihan, sering gugup, tekanan darah tinggi, cepat lelah dan berat badan naik mendadak.
Risiko: Hipotiroidisma menyebabkan perkembangan janin terbantut dan boleh menyebabkan bayi meninggal dunia ketika dilahirkan, keguguran dan gangguan kecerdasannya.
Langkah-langkah yang boleh diambil:
Patuhi jadual terapi hormon dan lakukan jadual darah secara rutin untuk memantau kadar hormon tiroid.
{ 2 comments... read them below or add one }
salam..
good articles..
salam singgah ke blog saya utk tahu panggilan hangit yg saya dapat!!!
TQ
24 Mac 2011 pada 2:41 PTG
salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog
apisv2
27 Mac 2011 pada 2:07 PG
Catat Ulasan