Persediaan / Pembelian Awal Menyambut Kelahiran.

on 27 Julai, 2010

Salam...



Kedatangan orang baru membawa seribu erti buat pasangan suami isteri setelah melalui kehidupan alam rumahtangga. Bagi bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali akan menyambut kelahiran cahaya mata, pastinya memikirkan persediaan yang diperlukan bagi menyambut kelahiran tersebut.

Segala keperluan bayi adalah mengikut peringkat umur. Entri ini lebih memfokuskan pada peringkat umur sehari hingga enam bulan. Barangan yang dibeli juga haruslah menepati ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetapi tidak terlalu mahal. Ia lebih bergantung pada bajet. Namun, kualiti juga amat penting. Di bawah ini disenaraikan barangan yang diperlukan.

Pakaian Bayi
1. Untuk membeli baju bayi, cukup sekadar 5-6 pasang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ini kerana bayi baru lahir akan cepat membesar.
2. Sarung tangan dan sarung kali cukup sekadar 2-3 pasang.
3. Topi bayi. (Tidak diperlukan jika membeli selimut yang mempunyai topi)
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
7. Tuala.
8. Raga/ bakul
9. Tikar getah/ tikar mengkuang. Tikar mengkuang lebih sesuai kerana adanya peredaran udara berbanding tikar getah.
10. Beg bayi.

Penyusuan.
1. Botol susu juga penting terutama pada ibu yang bersalin cara caesean. Pada hari pertama kelahiran, susu ibu belum cukup untuk mengenyangkan bayi dan kadang-kala sel susu ibu belum mengeluarkan susu pada hari pertama kelahiran.
2. Puting (terdapat dalam pelbagai saiz)
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)

Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung. Seelok-eloknya gunakan bantal dan tilam yang diperbuat dari kabu agar bayi selesa dan tidak bergolek semasa tidur.
2. Katil bayi.

Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.

Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.

Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
4. Sedikit mainan yang berwarna untuk merangsaang deria penglihatan bayi.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin membuat pembelian awal, disarankan agar anda tidak terlalu gelojoh untuk membeli memenuhi keperluan bayi secara keterlaluan. Ianya bergantung kepada keperluan. Contohnya seperti baby car seat, ianya sesuai untuk isteri yang bekerja. Jika sebaliknya, anda boleh menangguhkan dahulu pembeliannya untuk bulan-bulan datang.
Ranking: 5

{ 28 comments... read them below or add one }

wantong berkata...

jalan2 di blog kamu


31 Julai 2010 pada 7:04 PG
munna berkata...

klu tak buat list.. mesti ada brg yang x cukup nak sambut baby


1 Ogos 2010 pada 3:48 PTG
Iza berkata...

@velasrizal
betul tu..

@wantong
Terima kasih....datangla lagi...

@munna
betul..betul..betul..


6 Ogos 2010 pada 8:56 PG
Fariha Sulaiman berkata...

tuan rumah,
cuma nak membetulkan sikit fakta. masa ari pertama bersalin, yg kuar adalah kolostrum(warna kuning2 skit) and sememangnya cukup untuk bayi kita.perut baby masa tu tecik je.
leh rujuk www.susuibu.com

sekadar berkongsi je.jangan marah ek ;p


28 Mac 2011 pada 3:24 PTG
Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

sy akan melahirkan bayi sulung pd bulan september ni 2mgu selepas hari raya puasa..jd sy amat2 memerlukan senarai barang keperluan bayi nanti dn blog ini memberikan panduan utk sy utk persediaan tersebut.memandangkan sy adlh seorg yg bekerja jd xtau apa yg perlu di sediakan nanti..terima kasih ya..ain


15 Mei 2011 pada 6:42 PTG
Tanpa Nama berkata...

satu lg maaf ye sy ingin berkongsi di sini sy telah berkahwin selama hampir 5 tahun dn tahun ini sy d sahkan mengandung ank sulung..pelbagai usaha sy dh lakukan termasuk berurut,berjumpa pakar namun yg terakhir sy cuba memakai produk avail iaitu pad herba bio fc selama setahun lebih..alhamdulillah syukur mungkin ini ikhtiar sy dan ALLAH memakbulkan permintaan sy dn suami.sy hanya memakai pantiliner selama tempoh tersebut.sy sarankan kpd sesiapa yg masih belum d kurniakan cahayamata x salah klu kita mencuba produk ini.sy bukanlah agen kpd penjualan produk tersebut malahan sy sendiri membeli d stokis yg menjualnya.alhamdulillah cubalah..ain


15 Mei 2011 pada 6:50 PTG
Tanpa Nama berkata...

teruja bl baca list kt ats nie...nsb baik awk tlg listkan, kl x msti sy tlebih beli...thnks 4 share


20 Julai 2011 pada 10:29 PG
Tanpa Nama berkata...

saya juga spt wanita dan ingin menjadi ibu spt ibu2 lain,snarai kperluan ini amat la penting buat saya bakal menjadi ibu pada bln dis ini


11 Ogos 2011 pada 8:25 PTG
Tanpa Nama berkata...

thank info berguna,tambah saya suami yg berjauhan ngan isteri...kurang2 tau ape yg patut di sediakan...kredit tuk ain,bleh copy paste,xkedekut ilmu....ade blog si polan tu,bile nk klik copy,"ops...nk curik yea"...hmm...


18 Oktober 2011 pada 8:17 PTG
Tanpa Nama berkata...

trime kaseh utk info..kdg2 rase excited sampai leh over budget kn..hehe..at least klo ade list dpt bringat skit..hehe..=)


26 Oktober 2011 pada 11:04 PG
Tanpa Nama berkata...

thanks utk nfo,sgt berguna utk sy bakal ibu yg akan melahirkan anak sulung.


5 Januari 2012 pada 3:56 PTG
Tanpa Nama berkata...

berdebar2 menghitung waktu bersalin anak sulung


11 Januari 2012 pada 12:22 PTG
noraini berkata...

salam.akk mohon share yer


23 Januari 2012 pada 1:51 PG
fiqah berkata...

tankiu...tips yg berguna..kebetulan sy pon tgh cari keperluan utk anak yang bakal lahir....mklum ler anak sulung...=)..


29 Januari 2012 pada 5:24 PTG
Tanpa Nama berkata...

thanks sebab sudi kongsi,tapi saya dah beli semua pun,tinggal besen mandi aje..huhu,doakan kelahiran saya yer,moga semuanya berjalan lancar pada bulan 4 ni


13 Februari 2012 pada 1:02 PG
Iza berkata...

@fiqah
sama2..

@Tanpa Nama
Sama2.
InsyaAllah, moga ibu dan anak sihat semuanya..


13 Februari 2012 pada 5:28 PTG
Tanpa Nama berkata...

apa bapa perlu buat,utk membantu.


21 Februari 2012 pada 11:30 PG
Tanpa Nama berkata...

ada lg 5bln utk deliver...so ngah sdiakn duit scukupnyalah ni...hehe..tq tips berguna


19 Mei 2012 pada 9:14 PTG
Tanpa Nama berkata...

Thnz.sgt bguna tok sy n en.somi yg tgy klhrn awl nov ni.


17 September 2012 pada 12:02 PTG
Tanpa Nama berkata...

Suma sy dah beli..slg bajet ada,lau xbeli tkt t bl dah bsalin kurang bjet,tkt ada y tertinggal..xsbr nk tgk ank ptama bln 7 t..bln ni nk scn,apa pm thnks senaraikan


24 April 2013 pada 2:45 PTG
isteri mithali.. berkata...

congrats for ur new born;))


17 Ogos 2013 pada 12:50 PTG
Tanpa Nama berkata...

Thanks sgt berguna list ni..walaupun ni kelahiran anak ke2 tp gap jauh sgt so list ni amat diperlukan kalau tidak mesti ada yg terlupa..


23 September 2013 pada 3:10 PTG
Tanpa Nama berkata...

makasih,,, sangat membantu banged slnya aq mw lahiran anak pertama dan sekarang masuk usia kandunagn 7 bulan tp lom berani beli perlengkapannya, mw nunggu smpe 8 n9 dulu deh..


29 Oktober 2013 pada 8:48 PTG
ummu berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Buat bakul baby sendiri


9 Ogos 2015 pada 7:42 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved