Assalamualaikum.
Zuriat merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, tidak boleh dibeli mahupun ditukar ganti. Dalam keghairahan pasangan lain menimang cahaya mata, terdapat juga pasangan yang kurang bernasib baik atau lebih tepat lagi, masih belum ada rezeki untuk memiliki anak. Bagi pasangan yang terlalu murah rezeki dan sering melahirkan anak setiap tahun, pastinya saat itu amat meletihkan kerana belum pun umur anak mencecah satu atau dua tahun, perut mula memboyot semula.
Bukan menghalang atau menolak rezeki tetapi perancangan yang baik akan menentukan kebahagiaan keluarga. Anak-anak yang dilahirkan juga pastinya berkualiti jika dididik dengan sempurna. Perancang keluarga adalah kaedah terbaik untuk menjarakkan kehamilan dan kelahiran bagi menjamin kesihatan ibu dan anak ke arah keluarga bahagia.
Kaedah perancang keluarga melalui beberapa cara. Antaranya ialah:
Tanggungjawab untuk merancang keluarga terletak pada suami dan isteri dan mestilah mendapat persetujuan bersama. Namun begitu, ibu-ibu yang disenaraikan di bawah juga perlu merancang keluarga iaitu:

- Penyusuan susu ibu antara 4 hingga 6 bulan pertama. Ibu yang menyusu badan sepenuhnya tidak akan datang haid selama tempoh tersebut. Ini merupakan kaedah penyusuan dan menjarakkan kelahiran secara tradisi.
- Suntikan iaitu sejenis hormon.
- Pil perancang.
- Komdom lazimnya disarankan oleh pakar perbidanan dan sakit puan. Jika digunakan dengan elok, 90 hingga 95% adalah selamat.
- Alat dalam rahim (IUCD) sesuai untuk merancang dalam tempoh tiga empat tahun. Kaedah ini tidak akan menjejaskan hubungan kelamin namun tempoh haid lebih panjang dari biasa.
- Pembedahan yang melibatkan saluran telur khusus untuk wanita.
- Melakukan hubungan seks di waktu selamat atau sensitif tarikh kesuburan isteri. Pastikan pusingan haid isteri adalah tetap. Telur akan keluar sekali iaitu hari ke 12 hingga hari ke 14. Lazimnya haid sekitar 5 hingga 7 hari makan pada hari ke 14, telur akan turun dan inilah tarikh wanita subur.
- Kaedah azal atau pemancutan air mani di luar rahim namun kaedah ini mengalami peratusan kegagalan yang tinggi.
Tanggungjawab untuk merancang keluarga terletak pada suami dan isteri dan mestilah mendapat persetujuan bersama. Namun begitu, ibu-ibu yang disenaraikan di bawah juga perlu merancang keluarga iaitu:
- Keguguran tiga kali berturut-turut
- Turun darah semasa hamil
- Tumpah darah semasa kelahiran
- Lekat uri
- Kelahiran secara pembedahan
- Kurang darah semasa hamil
- Darah tinggi
- Diabetis
- Penyakit jantung
- Penyakit buah pinggang
{ 6 comments... read them below or add one }
Merancang demi kebaikan keluarga
<a href='http://www.fikrirais.com/2011/05/expecting-expected.html>Pregnant</a>
16 Mei 2011 pada 11:43 PTG
merancang juga dapat menstabil kan ekonomi keluarga.itu pendapat saya lh sebab saya adalah seorng yang berkahwin di usia muda dan jarak antara anak sulong dan anak kedua adalah selama 6 tahun
20 September 2012 pada 11:36 PG
saya mengamalkan penyusuan badan sepenuhnya..anak hanya minum susu badan tanpa dicampur dgn susu formula..sekarang anak berusia 1 tahun..bagaimana pun haid saya dtg setiap bulan..cuma tarikh tidak teratur..mengikut info diatas haid tidak akan dtg jika mengamalkan penyusuan bdn sepenuhnya..tapi kes saya berlainan..boleh sesiap bantu menjawab persoalan saya..??
25 September 2012 pada 12:29 PTG
terima kasih dengan perkongsian ilmu ini...
http://jomsihatdanceria.blogspot.com
17 Oktober 2013 pada 11:26 PTG
ank sy dh 4bln..tp haid sy xdtg2 lg..tkut la..
1 Januari 2014 pada 8:00 PG
memang xde period eh kalo nyusukn ank sepenuhnye?sbb ank sy dh 4bln tp sy still de period lg..tkut tiba2 tlekat isi pula..
1 Januari 2014 pada 8:02 PG
Catat Ulasan