Cara Tidurkan Anak Tanpa Buaian.

on 30 April, 2012

Assalamualaikum.
Buaian sangat sinonim dengan bayi dan kanak-kanak. Bayi yang diajar tidur dalam buaian akan sentiasa bergantung pada buaian untuk tidur sehingga usia kanak-kanak.

Perkara sebegini akan mengundang masalah kepada ibu bapa mahupun penjaga jika tiada buaian. Ini bermaksud, bayi tersebut sukar untuk melelapkan mata atau tidur dengan nyenyak jika tiada buaian yang sentiasa menjadi penemannya setiap kali hendak tidur.

Masalah juga timbul sekiranya ingin bercuti di mana-mana destinasi yang memerlukan kita menggunakan perkhidmatan awam, kapal terbang dan sebagainya yang menyukarkan kita untuk membawa buaian.

Perkara sebegini pernah terjadi kepada saya sekeluarga ketika bercuti di hotel atau chalet yang tidak menyediakan kemudahan sewaan buaian. Sebagai alternatif lain, terpaksalah ibu dan bapa bayi bersengkang mata dengan mengambil cadar hotel untuk dibuat buaian iaitu ibu dan bapa pegang di setiap penjuru masing-masing dan membuai anak secara serentak. 

Tidur malam terpaksa berkorban selimut atau cadar untuk dijadikan buaian dan sebagai persediaan kalau-kalau anak terjaga ditengah malam dan ingin menaiki buaian. Hal sebegini akan mengganggu percutian sekeluarga kerana tidak cukup tidur dengan anak meragan ingin menaiki buaian.

Bagi mengatasi masalah sebegini, ibu bapa harus menyediakan atau membawa bersama kain sarung/ kain pelikat untuk dijadikan buaian. Dan yang paling penting, jangan terlalu biasakan anak-anak untuk tidur di dalam buaian setiap masa. Paling kurang pun, ajarlah anak anda untuk tidur di atas katil bersama anda dan elakkan dari menggunakan buaian jika tidak diperlukan atau dalam keadaan terpaksa.

Kanak-kanak atau bayi yang menyusu badan memang mudah untuk tidur tanpa buaian sekiranya si ibu terus menyusukan anak hingga tertidur. Bonus juga untuk mereka yang menyusukan badan kerana tidak perlu bersusah payah bangun untuk membancuh susu atau menangguk anak di dalam buaian kerana dengan hanya menyusu sambil berbaring, anak kecil akan lebih selesa melelapkan mata di samping ibu tersayang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved