Memaparkan catatan dengan label Menu Ibu Hamil. Makanan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Ibu Hamil. Makanan.. Papar semua catatan

Menu Ibu Hamil.

on 01 Mac, 2012

Assalamualaikum.


Bagi ibu-ibu yang telah mempunyai anak-anak, mungkin sudah berpengalaman dalam hal pemakanan untuk ibu hamil. Kepada ibu-ibu muda yang masih baru untuk menempuh kehidupan berbadan dua, boleh membaca penulisan di bawah sebagai panduan dalam kehidupan sepanjang tempoh hamil.

Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk tubuh ibu dan juga bayi. Elakkan rokok dan juga arak kerana ia akan menjejaskan kandungan.


Sarapan.
-Mulakan dengan minum segelas susu, sepinggan bihun goreng kurang minyak tambah sayur dan ayam, sepotong buah-buahan.

-Sekeping roti bakar celup telur.

-Bijirin sarapan tinggi serat bersama segelas susu dan buah-buahan segar.


Minum Pagi (10 pagi)
- Semangkuk taufufa (kacang soya-kaya dengan protein dan kalsium) dan sepotong buah-buahan segar.


Makan Tengahari.
-Sepinggan nasi, lauk rebus, kukus atau panggang. Seketul ayam bakar (buang kulit), sup sayur campur, sekeping hati goreng atau masak kicap untuk zat besi. Tambahkan sepotong buah dan jus buah-buahan segar.


Minum Petang (3.00-4.00 petang)
Sekeping sandwic tuna dilapisi salad dan timun, segelas susu rendah lemak dan sebiji buah-buahan.


Makan Malam.
Sepinggan nasi dan seekor ikan kukus atau rebus bersama ulam-ulaman dan segelas jus buah-buahan.


Makan Lewat Malam.
Semangkuk taufufa atau yogurt rendah lemak dan buah-buahan segar.

Semoga panduan di atas dapat membantu ibu-ibu yang bakal menempuh tempoh-tempoh hamil.



Sumber: Pa&Ma.


 
© De Iza's House All Rights Reserved