Assalamualaikum.
Masih ingatkah dengan drama Tentang Dhia? Gandingan aktres Nora Danish dan Adi Putra mendapat sambutan hangat daripada penonton, mereka sekali lagi digandingkan buat pertama kalinya di layar perak menerusi filem Aku Terima Nikahnya.
Akui Nora yang ditemui pada majlis pelancaran filem itu di pejabat Metrowealth (MIG) di Petaling Jaya baru-baru ini, sebaik sahaja drama Tentang Dhia tamat banyak tawaran datang kepadanya untuk digandingkan bersama Adi Putra, namun tawaran daripada pihak MIG antara yang terawal.
Digandingkan sekali lagi sebagai suami isteri, kata Nora, dia menerima tawaran tersebut kerana jalan cerita yang cukup menarik dan berbeza daripada drama lakonannya sebelum ini termasuklah drama Tentang Dhia.
“Ketika saya ditawarkan berlakon dalam filem ini saya tahu yang gandingan saya ialah Adi Putra, itu juga antara penyebab saya terima tawaran ini. “Kami pernah berlakon bersama dan sudah biasa antara satu sama lain. Walaupun kami masih sebagai suami isteri tetapi antara drama dan filem ia merupakan dua naskhah dan layar yang berbeza. Ia pasti mempunyai kelainan yang tersendiri,” katanya yang bersyukur bakatnya mula diperhatikan orang ramai. Sambung Nora lagi, dia menggunakan pengalaman sebenarnya dalam menjayakan watak sebagai isteri yang terluka akibat suami hilang ingatan.
“Saya gunakan pengalaman sendiri, saya juga berduka sebelum ini selain bantuan daripada pelakon hebat seperti Adi Putra,” balas Nora yang memberitahu Adi merupakan aktor yang mempunyai karisma tersendiri.
Melodrama Adi Putra yang namanya kini cukup hangat di kaca televisyen dan layar perak menerima tawaran MIG kerana skrip filem itu sebuah naskhah yang menarik buatnya. “Judulnya sahaja, Aku Terima Nikahnya, membawa pelbagai maksud yang mendalam. Kalau kebiasaannya ia membawa maksud mendirikan masjid (perkahwinan).
“Filem ini juga sebuah kisah cinta yang melodrama, bermakna ia berat dengan permainan emosi. Mungkin ada persamaan dengan Tentang Dhia kerana kami berdua juga yang melakonkan watak suami isteri, tetapi jalan cerita dan cara kami membawa watak kami sangat berbeza,” balasnya.
Mengerti andai peminat drama Tentang Dhia mengharapkan kesinambungan daripada drama itu di dalam filem Aku Terima Nikahnya, kata Adi, ia merupakan satu penghormatan. Bagaimanapun, dia berharap agar penonton mengerti bahawa watak di dalam drama Tentang Dhia tamat dengan kematian kedua-dua watak utama. “Saya akui drama Tentang Dhia memberi impak yang besar buat saya dan Nora. Saya berterima kasih atas sokongan peminat tetapi mereka harus faham yang drama Tentang Dhia dan filem Aku Terima Nikahnya adalah dua naskhah yang berbeza,” katanya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem KL Gangster 2.
Keserasian Adi, Nora Pengarah filem Aku Terima Nikahnya, Eyra Rahman yang pertama kali mengarah filem menjelaskan dia memilih Adi dan Nora untuk menerajui filem Aku Terima Nikahnya kerana keserasian antara mereka selain gandingan mereka berdua digemari penonton ekoran drama Tentang Dhia. “Saya memilih mereka sebab ini filem pertama saya, jadi saya perlukan pelakon yang berpengalaman. Sebenarnya ada beberapa pelakon lain tetapi akhirnya nama mereka yang disenarai pendek dan dipersetujui oleh saya dan pihak penerbit,” katanya.
Filem Aku Terima Nikahnya yang memulakan penggambaran pada 18 Februari lalu mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya?
Nantikan kemunculan filem Aku Terima Nikahnya yang turut dibintangi oleh Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail di pawagam pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.
SUMBER: Kosmo