Mana Lebih Power?

on 20 Februari, 2010

Aku masih terlalu baru dalam dunia blogger. Rasa dah lama tak up date blog walaupun setiap masa aku dok mengadap laptop dan jengok-jengok blog kengkawan. Sebagai manusia biasa, aku pun teruja untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam business online di samping mencari pendapatan melalui internet. Antara Nuffnang, Innity, Klik Dapat Wang, YouthSays dan macam-macam lagi yang tengah hangat diperkatakan, rasa-rasanya yang mana lebih power?

Dah lama juga tak nampak iklan muncul. Nak mohon innity, tak lepas sebab unik visitor pun kurang. Selain nuffnang, aku cuba daftar dengan advertlets. Sekadar mencuba. Aku tak pasti 1 klik berapa sen. Rasanya 2 klik baru dapat 1 sen kot sebabnya aku daftar baru 3 hari. Bila check earning, hanya ada RM0.47.

Ada juga join YouthSays, juga sekadar suka-suka. Jom la join ramai2 bagi memeriahkan suasana. Yang ni pun boleh buat duit juga. Tapi aku belum pasti kebenarannya kerana aku pun baru je join.

Kadang-kadang aku tak tau nak buat apa.....hahaha...
Sebenarnya dalam kita berblog dan berjalan-jalan di blog kengkawan, dapat juga kita cari ilham di samping menambahkan ilmu pengetahuan. Nak buat kajian pun boleh juga.
Agak-agaknya apa yang orang suka baca ek?

Daripada pemerhatian aku selama 4 bulan ni, kalau hal keagamaan, orang jarang nk tinggalkan komen tapi kalau hal peribadi, isu semasa, tutorial atau pelbagai tips, kisah-kisah masyarakat dan cara nak dapat duit melalui internet fuhhh....berlumba-lumba orang komen kan.

Setakat ini dulu.......lain kali sambung lagi....
Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

ISZA berkata...

selera manusia berbeza..
entri ilmiah-mencari ilmu/jawapan
entri semasa - bertukar pandangan
entri peribadi - berkongsi kisah
:)


20 Februari 2010 pada 4:55 PTG
alizankamar berkata...

salam....
bukan apa...takut tersalah komen ajer...
heheheheheehe....


20 Februari 2010 pada 5:03 PTG
Zikri Husaini berkata...

bendalah nie amik masa sebenarnya.... pelan2 kayuh..... sama2lah ktia berusaha...


20 Februari 2010 pada 5:38 PTG
Iza berkata...

@cikgu isza
Ya la kn, selera manusia memang berbeza. thanks krn sudi berkongsi ilmu berguna.

@alizan75
W'salam.
Napa nak takut salah? Masa saya belajar dulu, lecture ada kata, setiap pendapat yang dikeluarkan tidak akan di anggap salah kerana ia merupakan buah fikiran indivitu itu sendiri. Jangan mengutuk mcm Aduka dah le. ahak..ahak,,

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau.
Ya la, tengah kayuh pelan2 la ni...InsyaAllah sama2 kita usaha.


20 Februari 2010 pada 10:37 PTG
Unknown berkata...

slow2...lama2 jadik bukitttttttt


21 Februari 2010 pada 10:25 PTG
NiZaM berkata...

Tuan rumah nak kite sume bg pendapat mane satu yg lg bagus(mksdnye earning cpt dpt). Bg aku mestila yg berbayar mcm Myspacemoney n Dapatwang lg cpt dpt. Tapi kena brani kluar modal jek.=)


22 Februari 2010 pada 7:23 PG
Iza berkata...

@bebelsokmo
Ya....slow2 la ni, tp kurang sabar sikit la...

@NiZaM
Oooo gtu ek?Tq..tq..


22 Februari 2010 pada 2:18 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved