Entry sebelumnya:
Cara dan Teknik Pengubatan Dalam Tibb Nabawi
Assalamualaikum....
Setiap hari kita menggunakan bawang putih dalam masakan tetapi tahukah kita bahawa bawang putih mempunyai khasiat tersembunyi?
Bawang putih mula dikenali dalam tamadun Cina sejak 3000 S.M. Khnoum Khoufouf dalam tamadun Mesir adalah orang pertama yang menyedari khasiat bawang putih. Makan bawang putih setiap hari agar sentiasa kuat dan sihat.
Hippocrates (bapa perubatan moden) syorkan bawang putih dalam penyakin infeksi dan ragam usus. Dalam pengubatan herba, bawang putih digunakan secara tradisional untuk penyakit lelah, demam, cacing, masalah hati dan pundi kencing.
Pendapat ahli perubatan ayurveda, bawang putih baik untuk jantung, rambut, perangsang nafsu makan, lelah dan batuk.
Ujian klinikal:
Bawang putih punyai sejenis minyak dikenali "Ally Sulphide." Minyak ini bersifat antiseptik. Ia didapati membantu membuang toksin, menguatkan, merangsang peredaran darah dan menyeimbangkan flora usus. Ia juga menyenyakkan tidur, membantu penghadaman dan menambahkan berat badan. Berguna bagi merawat kembung dan cirit-birit. Bawang putih juga boleh menurunkan tekanan darah, meredakan gejala mengantuk, sesak nafas dan angin.
Jus bawang putih yang dicampur air digunakan untuk mencuci luka-luka yang melarat, menghapuskan nanah dan meredakan kesakitan.
Perangsang Seks:
Bawang putih bertindak sebagai tonik untuk lemah tenaga batin dan kemandulan serta lemah saraf. Pemulih tenaga lelakian.
Cacing- air bawang putih berkesan mengeluarkan cacing di usus. Daunnya dapat menghalau kala jengking.
Saya teringat petua seorang ustaz. Ambil 2 hingga 3 ulas bawang putih dan masukkan bawang putih beserta kulit ke dalam nasi yang telah kering atau sedang mendidih. Sebelum menjamah nasi, seeloknya kupas dan makan bawang putih tersebut. Ia baik untuk kesihatan tubuh seseorang dan penawar penyakit.
Bawang putih boleh dimakan mentah atau dalam bentuk pil (kapsul). Begitulah hebatnya khasiat bawang putih. Selamat beramal.

{ 7 comments... read them below or add one }
sumpah tak suka mkn bwng..
hihi
30 November 2010 pada 9:17 PG
Tapi...baunya ya...hehheeheehehhe....aku malah suka bawang merah buat makan..mentah lagi..kwkkwwkwkkw.....
30 November 2010 pada 3:29 PTG
@Far8 budak baik
Kalau tak suka bawang, apa makanan harian? Setiap masakan pasti perlu gunakan bawang walaupun sedikit, yg tak ada bawang mgkin sambal belacan.....
@Belantara Indonesia
Ya, baunya kuat sikit, sampaikan peluh pun berbau....makan bawang merah mentah??? Belum pernah cuba lagi, kalau bawang besar boleh la makan mentah. Selalunya bawang merah dibuat jeruk
30 November 2010 pada 3:44 PTG
bukan ke bawang putih leh sbbkan bau bsuk dkt bdan?hee
30 November 2010 pada 4:43 PTG
@Firdani
Ya jika dimakan terlalu banyak.
30 November 2010 pada 6:30 PTG
tak sedap makan kalau tak ada bawang putih.. best!!
3 Disember 2010 pada 5:01 PTG
@Wahida Nasution Thakhrim
Ya la, tak lengkap rasanya.....
3 Disember 2010 pada 9:18 PTG
Catat Ulasan