Herba Nusantara: Khasiat Lidah Buaya.

on 10 Februari, 2011

Salam...

Entry sebelum ini iaitu Perubatan Ayurveda Dan Naturopathy dan Perubatan Ayurveda Dan Naturopathy 2.
Siapa yang tak kenal dengan pokok lidah buaya? Pastinya ramai yang dah tahu akan kebaikannya terutamanya wanita-wanita tang mementingkan kecantikan.


Foto: google

Pokok lidah buaya atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil aloe vera populat di timur mahupun di barat. Bahan utamanya ialah jus dan lendirnya. Lidah buaya mengandungi vitamin, zat galian, enzim dan antibiotik.

Pokok lidah buaya bukan sahaja digunakan dalam kecantikan tetapi juga bidang perubatan. Antara kegunaan lidah buaya ialah:

1. Disapu pada luka dan kudis di luar kulit.
2. Sebagai bahan kosmetik pelembut dan pelembab kulit muka.
3. Sebagai pelebat rambut dalam syampu atau dilumurkan di kulit kepala.
4. Jusnya di minum untuk:
* Lemah buah pinggang.
* Ulser perut.
* tonik - diminum bersama sesudu besar madu lebah .
* menyejukkan badan - diminum bersama gula batu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved