Perubatan Ayurveda Dan Naturopathy

on 17 Disember, 2010

Assalamualaikum.

Ayurveda merupakan sistem perubatan tradisional yang berasal dari sebeah benua di India. Ayurveda dianggap perubatan yang saling melengkapi dan alternatif dalam dunia barat.



1. Bisul
Pengubatan:
a) Getah pokok margosa/ mambu dicampur susu dan minum setiap 4 jam.
b) Air jus bawang ditampal di luar, untuk memasak, memecah dan mengeluarkan nanah.

2. Lebihan asid dalam perut.
Pengubatan:
a) Jus buah kedekai dimakan selepas makan.
b) Beri makan bawang putih di pagi hari.

3. Anemia (Kurang Darah/ Darah rendah)
Pengubatan:
a) Minum campuran jus lobak merah dan lobak bit.
b) Makan kacang bendi muda pada pagi hari krtika perut kosong. Ia menambah kekuatan badan.
c) Minum jus lemon (mengandungi vitamin dan zat galian)
d) 2-3 ulas bawang putih dimakan awal pagi.
e) Jus anggur penawar yang amat berkesan.
f) Amalkan minum limau nipis dan lemon.

4. Sengatan Binatang:
Serangga.
i) Jus bawang putih atau bawang merah disapu di tempat gigitan.

Gigitan Anjing.
i) Sama seperti di atas.
ii)Jus akar pokok buluh diminum bersama susu selama seminggu.

Gigitan Tikus.
i) Gunakan jus daun margosa/ mambu.

Gigitan Kala Jengking.
i) Jus bawang putih atau bawang merah.
ii) Sapu getah buah betik yang belum masak.
iii) Tampalkan asam jawa di tempat gigitan.

Gigitan Ular.
i) Minum jus daun margosa.
ii) Masukkan 2-3 ulas bawang putih di dalam mulut dan diganti setelah racun-racun dihisap.

5. Penyakit Saluran Kencing.
(Termasuk batu karang dan infeksi saluran kencing serta kesukaran membuang air kecil.

Pengubatan:
a) Campuran jus lobak merah dan lobak bit adalah mujarab untuk batu karang.
b) 2-3 ulas bawang putih diberi makan setiap pagi.
C) Sebiji buah kedukai diberi makan selepas makan.
d) Biji labu dicampur dengan inggu yang telah digoreng juga berguna untuk penyakit batu karang.
e) Biji timun dicampur dengan anggur hitam (black raisin) untuk mengeluarkan batu karang.

6. Hidung Berhingus.
Pengubatan:
a) Jus halia segar dicampur dengan madu dan diminum.
b) Susu dicampur dengan serbuk lada hitam diminum.
c) Campuran jus lobak merah dan timun juga berkesan.

7. Sembelit.
Pengubatan:
a) Makan buah betik masak atau tomato.
b) Sesudu teh madu lebah dicampur ait panas dan makan waktu pagi.

Lain-lain penyakit akan disambung di entry akan datang. Selamat beramal.
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Farid berkata...

Info yang banyak berkaitan dengan perubatan menggunakan tumbuhan jenis herba. =)

Minda Insan


25 Disember 2010 pada 10:18 PTG
Iza berkata...

Aku Otomen
Thanks...

@Farid bin Aspar
Ya, thanks singgah.


26 Disember 2010 pada 4:07 PTG
Ira berkata...

bagus2.....


2 Jun 2011 pada 3:18 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved