Sinopsis Gadis Semasa Sunsilk.

on 01 Februari, 2011

Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama aku tidak update blog. Entry sebelum ini iaitu Perubatan Ayurveda Dan Naturopathy akan disambung semula apabila muncul mood baru untuk menulis.

Seperti yang telah diketahui umum, Sunsilk sekali lagi mengeluarkan siri DRAMA REALITI Gadis Semasa Sunsilk. Sunsilk telah bergabung dengan tiga pakar industri tempatan yang terkenal iaitu pakar vokal, Ajai; pakar personaliti, Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto, bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan pakar ke arah pembentukan Gadis Semasa Sunsilk

Sinopsis Gadis Semasa Sunsilk

Sebuah drama realiti yang mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yang mempunyai bakat terpendam, umpama sebutir permata yang belum ditemui sinarnya. Bakatnya hanya dikenali menerusi lagu nukilannya yang dimuat naik ke laman sosial internet. Tidak pernah terlintas dalam fikiran gadis ini untuk merealisasikan impiannya di persada pentas.

Saat-saat manis dan pahit, transformasinya dari segi kecantikan, keyakinannya dan pergelutan beliau semasa mengejar impian disamping persahabatan dan cinta akan disiarkan dalam 13 episod Gadis Semasa Sunsilk drama realiti.

Blog ini juga telah mendapat satu Buffered Earning (BE) daripada NUFFNANG. Alhamdulillah, rezeki di bulan Februari walaupun tak sebanyak blog yang lain. Cukuplah untuk menaikkan sedikit semangat blogging walaupun dah terlalu lama tidak update blog.

Harap-harap lepas ni Pak Cik Nuffnang bagi banyak lagi Buffered Earning agar aku rajin untuk naikkan lagi semangat.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved