Berpandang bagi wanita bersalin selama 44 hari amat membosankan kerana segala gerak geri perlu di jaga rapi samada dari segi makan, minum, duduk atau bergerak. Wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan tidak meninggalkan amalan pantang namun ada juga yang malas untuk berpantang dengan alasan tiada masa, tiada yang membantu dan sebagainya.
Amalan berpantang (tradisional) dalam pemakanan:
1. Minum hanya air panas 3 teguk kerana jika minum banyak, peranakan lambat bercantum.
2. Makan kepalan nasi yang masih panas.
3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam, jamu bersalin; dan asah, tumbuk atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani bagus untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang.
4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.
5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nanas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu, dan nasi sejuk kerana ia menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan Vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.
6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur, dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.
7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit, dan ikan yang boleh menghangat dan memberi tenaga.
Amalan Dalam Hari
1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.
2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri dan kanan.
3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.
4. Jangan abaikan pemakaian coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.
5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.
6. Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.
7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.
8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.
9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.
10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.
11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.
12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.
Sumber:Facebook (Kebaikan amalan berpantang)

{ 0 comments... read them below or add one }
Catat Ulasan