Semakan Keputusan STPM.

on 02 Mac, 2012

Assalamualaikum.

Kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengeluarkan keputusan peperiksaan tersebut pada 7 Mac 2012 ini iaitu hari Rabu ini. 

Calon-calon yang mengambil peperiksaan (STPM) tersebut boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari. Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos. 

Selain itu, pihak MPM juga ada menyediakan kemudahan bagi calon-calon STPM untuk menyemak keputusan peperiksaan STPM melalui 2 cara iaitu khidmat pesanan ringkas (SMS) dan semakan secara online. 


1.  Untuk semakan melalui SMS:
Taip > STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
2.  Untuk semakan secara atas talian (online):
Layari laman web MPM di: http://www.mpm.edu.my

Semakan boleh dibuat mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh keputusan dikeluarkan. Kepada semua calon-calon yang terlibat, semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved