Makanan Yang Perlu Dijauhi.

on 29 Februari, 2012

Assalamualaikum.
Bukan semua makanan boleh kita makan dan tak semua makanan sesuai untuk kanak-kanak. Ada beberapa jenis makanan yang perlu kita ambil tahu agar tidak berlaku alahan yang serius walaupun alahan itu hanyalah alahan biasa. Namun berhati-hatilah ketika makanan itu diambil. Antaranya ialah:

Ada kanak-kanak yang mempunyai alahan pada buah beri seperti strawberry. Kanak-kanak yang alami alahan menyebabkan terjadi ruam pada pipi dan sekitar mulut. Ada kalanya alahan tersebut membawa kepada bengkak mulut, bibir, tekak dan muka. Buah beri boleh dimakan sekiranya usia anak mencecah 1 tahun.


Sekiranya kanak-kanak alah pada gandum, mereka akan alami cirit-birit, kekeringan dan gatal pada kulit dan kepala. Biasanya disebabkan gluten dalam gandum. Oleh itu elakkannya dan kanak-kanak perlukan diet yang betul-betul bebas gluten.


Telur, ikan dan madu juga boleh menyebabkan alahan.Bayi tidak digalakkan untuk makan telur kerana mengandungi bakteria salmonella manakala madu mentah pula mengandungi botulism. Kanak-kanak yang alah terhadap telur dan ikan biasanya akan mengalami ruam dan muntah.


Alahan terhadap susu lembua atau susu soya disebabkan tubuh tidak dapat menerima laktosa atau protein susu. Kanak-kanak yang ada alahan mungkin akan cirit-birit atau muntah.

Info:
Alahan makanan berlaku apabila sistem imun tubuh bertindak balas dengan protein yang wujud dalam sesetengah jenis makanan. Bagi mengelakkan alahan ini, maka elakkanlah dari memakan makanan yang menjadi punca alahan. Tanda-tanda alahan seperti ruam pada kulit, sukar bernafas, loya, muntah, sakit perut dan anafilaksis. Segera berjumpa doktor jika masalah berlarutan.


Sumber: Pa&Ma.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved