Rawatan Lintah Dilarang.

on 08 Februari, 2012

Assalamualaikum.
Google.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah melarang rawatan berasaskan lintah. Menurut laporan, KKM tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui lintah kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penyakit berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, penyebaran penyakit berbahaya boleh menular apabila lintah yang sama membawa kuman digunakan untuk merawat pengguna lain..

Dalam perubatan, tiada istilah darah kotor. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku. Terapi melalui lintah juga boleh menyebabkan penyakit batuk kering (tibi) ganjil. -BH.



NOTA: 
Dari pengalaman aku sendiri, ketika banjir di zaman kanak-kanak dahulu, memang banyak lintah yang berkeliaran dan mencari mangsa. Aku merupakan salah seorang dari mangsanya. Selepas digigit lintah, akan terasa gatal pada tempat gigitan. 

Lintah juga sukar untuk melepaskan mulutnya apabila sudah melekat di kulit manusia. Kita terpaksa menarik badan lintah yang licin itu menggunakan kain atau bahan kesat lain bagi meleraikan gigitan binatang tersebut.

Darah kita tidak akan berhenti dan terus keluar sehingga darah menjadi beku atau kita sapukan ubat untuk memberhentikan pendarahan tersebut.

Kesan lain, tempat gigitan tersebut akan menjadi kudis pada seseorang yang mempunyai kulit sensitif. Itulah serba sedikit info berkenaan lintah.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved