Pengubatan Melalui Sayuran.

on 08 Disember, 2010

Sambungan dari entry lepas iaitu khasiat Lobak Merah, Buah Lemon, Bawang Merah, Betik dan Mangga.

6. Biji Labu.

Biji labu menjaga kelenjar prostat, membina kekuatan badan dan tenaga kelakian seseorang. Mengandungi fosforus, zat besi yang tinggi, vitamin A dan B, kalsium, protin dan lemak - Kristine Nolfi.





7. Tomato.

Tomato patut dimakan cara mentah, kata Dr. G. S. Verna. Ia adalah tonik saraf, pembersih darah, ubati sembelit dan menguatkan gigi. Tomato mudah dihadam dan baik untuk demam, kencing manis dan bagi yang berpuasa. Baik untuk mata dan sakit perut.






8. Bayam.

Amat bermanfaat bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak yang membesar. Bayam dapat bertindak ke atas kolestrol dan menukarkan kepada hormon seks.






9. Daun Sadri.

Perahan daunnya bermanfaat untuk mereka yang kurang vitamin A, B1, C dan kalsium.
Akar yang telah kering, dihancurkan dan dicampur madu dan "ghee" boleh diminum 2 kali sehari untuk atasi kelesuan dan lemah badan.
Untuk sakit perut berpunca dari angin, serbuk akarnya sebanyak setengah sudu dicampurkan dengan 20 titis perahan halia dan diminum dengan air panas.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Admin berkata...

Assalamualaikum....

erm... artikel lepas saya x ikuti.., mengenai pegaga sudah diceritakan atau belum...?

Saya suka makan pegaga, skrg ni dah ada kordial pegaga tetapi penjualannya masih kurang meluas... Selain tu saya suka makan lobak dan timun... sayur2 lain sy makan jika ada bahan makanan yg lain seperti nasi atau burger. Tapi burger pun kena pastikan ianya kurang berminyak...


8 Disember 2010 pada 11:01 PTG
Iza berkata...

@Ahmad Zaki
Waalaikumussalam...
Pegaga belum lagi. Nantikan pada entry akan datang dalam Senarai herba Nusantara.
Bagus makan pegaga, selain berkhasiat, ia juga awet muda.
Ya, minyak harus dikurangkan..


8 Disember 2010 pada 11:06 PTG
Infoproduk berkata...

Salam,
menarik entri ni..kebtulan sya jga pengemar mknan seperti ulam-ulaman..hrp akan ada entri yg berkaitan ulam2 yg byk khasiat ye:)


18 Januari 2011 pada 11:24 PTG

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved