Herba Nusantara: Khasiat Daun Gelenggang.

on 04 Julai, 2011

Assalamualaikum.

Setelah mengetahui Khasiat Lidah Buaya, ketahui juga Khasiat Daun Gelenggang.


Ada sesiapa yang kenal dengan pokok ini? Inilah daun gelenggang atau nama saintifiknya Casia Alata. Mungkin mudah untuk mencari daun ini di kampung-kampung.

Daun ini mempunyai bahan aktif iaitu "Chrysophanic Asid" yang sangat berguna untuk mengubati penyakit-penyakit kulit seperti kurap, panau dan sengkela. Ia digunakan di bahagian luaran sahaja.

Untuk mengubati penyakit tersebut, ambil beberapa helai daun gelenggang dan ditumbuk lumat. Campurkan dengan sedikit minyak tanah dan sapukan di tempat sakit (kurap atau panau). Anda akan terasa sedikit pedih. Lakukan beberapa kali, InsyaAllah, penyakit tersebut akan sembuh.

Selain itu, daun gelenggang juga digunakan untuk melapik atau membalut tungku terutamanya untuk ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengecutkan rahim.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© De Iza's House All Rights Reserved